18 November 2018

Cardio Activities

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu kalian :)

Hari ni macam rasa rajin nak menaip entry blog sebab sebelum sebelum nii sibuk dengan kerja lepas tu pulak menyibukkan diri join aktiviti aktiviti lain..heheh haa da tua tua baru nak aktif weii..hahahaha 

So,aku simpul kan kesemua lah aktiviti yang aku join sepanjang blog ni tak aktif,sebenar nya kekangan masa jugak lah nak menaip satu satu ni kan..siang kerja lain,malam ada plan lain pulak..biasa lah hidup di kota raya kena bijak mencari rezeki *jangan kecam yea*


Okay untuk yang pertama aku mulakan dengan Aktiviti Hiking di Bukit Panorama,Sungai Lembing bersama staff KKPMC (geng hospital) pada hari sabtu tapi tarikh dah tak ingat ye kawan-kawan :) seronok memang seronok sebab pergi dengan team kan,berkumpul nak tengok sunsrise,very seronok you all haha,usai solat subuh dan selfie bagai segala kat atas tu kemudian kami turun makan pagi di Pasir Kubur..lepas pada tu baru bergerak balik ...



This is my team "KKPMC TEAM HIKING 2018"



Gambar stand up harus ada okayh!


Untuk yang kedua pula,aku teruskan dengan Hiking jugak di Red Forest,Jerantut bersama team KKPMC  pada 16 September 2018 (Ahad)..kami hiking disana bersama dengan team Para Pejalan..kami bergerak awal pagi untuk solat subuh di Masjid Besar Jerantut kemudian berada di tempat berkumpul dalam jam 7pagi..usai taklimat dari penganjur dan senaman ringkas sebelum memulakan aktiviti,kami dibekalkan sarapan pagi,bendera Malaysia then Button ..untuk pergi ke sana, kami menunggu giliran menaiki bas dan melalui jalan ladang kelapa sawit.. *tiba tiba teringat zaman kecik-kecik ikut abah masuk ladang* heheh..berbagai cerita sepanjang mendaki kat situ..cerita aku semestinya dan cerita dari kawan kawan lain lagi..haih kalau ingat gelak sendiri..*hah!jangan bermonolog sendiri yaa kalian :)



Selamat Hari Malaysia!!..
sampai atas lupa dah yang diri tu jatuh terguling masa kat bawah ^_^


Aktiviti yang ketiga pula,aku pergi hiking di Hutan Berkelah,Maran.yang ni pergi dengan team lain "Team Extreme and Hikers"..ingat kan biasa biasa je,rupanya sangat mencabar dan sangat sangat extreme! haha sepanjang laluan nak sampai ke tingkat 7 (tingkat yang terakhir) tu kena melalui air terjun..dan boleh tengok betapa struggle nya kami ni nak sampai ke sana..tambah pulak dengan kasut licin (aku la tu :) lepastu dengan jatuh dah macam macam style!terduduk ada,tersembam pun ada..dan boleh kata kan aku berkaki ayam mula dari air terjun tingkat 4 tak silap.masa hiking sini bagi aku tak de lah rasa penat cuma perlu tahan mental dan fizikal je korang! banyak kawal badan sebab licin kan lepas tu nak panjat sana sini tu,fuhh!!Tuhan saja yang tahuuuuuu.kemudian,kami berhenti makan dekat air terjun tingkat 5,sampai tingkat tujuh dalam jam 12 tengahari..siap semua kat atas tuu kemudian turun tingkat 2 untuk mandi dan bersiram..dapat mandi sedap giler,air sejukkkkk sangat:)



Ni tingkat berapa ntah laa..hahah tapi kesemua jalan tu memang macam ni dan air terjun sangat lajuuu.



Ni dah sampai air terjun tingkat 7,memang cantik sangat..air pun bersih


Aktiviti yang keempat,aku dan kawan kawan join event Fun Run 4km ASNAF MUIP..4km je pun semput jugak hahaha..dapat jersey,medal dan ada cabutan bertuah..



Kami sokong aktiviti sihat ☺


Yang kelima,kami join NASAM  COLOUR WALK 4 HEALTH 2018 (National Stroke Association of Malaysia)..Yang ni jalan jalan je untuk memberi semangat kepada pesakit stroke,dan ada juga untuk diabetis patient,serta sokongan berhenti merokok ..exercise sebelum berjalan sangat happening korang..best!



Misi misi dengan doktor doktor yang sangat supporting :)



Semua penuh dengan tepung warna warni..



Terima kasih keluarga dan kawan-kawan yang menghargai diri ini..
Happy Birthday Amanina Nasuha Md Naser ynag ke 27..
semoga semua doa Allah makbulkan..Insha Allah.. 
Dan tak lupa 16/10/2018 tok pergi menghadap ilahi :( Al-fatihah tok ☹️




Yang ni Hiking Bukit Panorama jugak..saja-saja sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Pahang


Yang seterusnya,aku join pulak aktiviti Wall Climbing yang dijalankan di Kompleks Belia dan Sukan Kuantan,bayaran yang dikenakan Rm5/seorang sahaja..sebenarnya aku ni bukan la seorang yang berani sangat pun cuma berminat nak join aktiviti macam ni..atleast da pernah cuba kan..pengalaman yang ni aku volunteer untuk naik dulu..hahaha..Round pertama dua kali sangkut kat panel 3 sebab tangan dengan kaki kejang,hahaha..lepas tu try lagi sampai panel ke-5..ok laaa tuu..then round ke dua sampai panel 6 ke 7 gitu laaa...kesemua panel ada 12.. aku nak teruskan tapi dah tak boleh..takpe,insha allah 24hb ni ada lagi so try hard Amanina! :)



Ini antara yang join wall climbing..



Okay,da start nak climbing..heheheh
kalau berhajat nak tengok video aku kat sini yeeeeaaa..


Dan yang terakhir,tadi siang aku dan kawan kawan lain join Gambut Run 5km di Taman Bandar Indera Mahkota,Kuantan..Fun Run ni anjuran Adham Bike Centre.seperti biasa,dapat jersey,medal dengan cabutan bertuah..



Antara yang join..good job friends!



Amanina done!


Tak rugi melibatkan diri dalam aktiviti sihat sebegini,dapat kenal kawan-kawan juga menambah pengalaman baru kan disamping dapat menjaga tahap kesihatan diri kita juga..

"Jika aku bahagia dan seronok dengan cara sebegini mohon Allah izinkan dan permudahkan segala perjalanan aku..Insha Allah..Aminn"

Itulah serba sedikit yang aku dapat kongsikan "Cardio Aktivities" dengan korang yea..ada masa aku update lagi dengan entry yang lain pulak ..

Terima kasih kalian sudi membaca sebuah karangan gred biasa biasa nih :)


Bye,Assalamualaikum 

















05 February 2018

Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum semua :)



                                                      Sabtu 3 February 2018


Aku ada join event 1Impak di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kuantan..actually aku cuma join zumba jerk pagi tu..hahaha..yes! memang aktif berzumba sekarang..aktif ke? *tangan ke bahu bhai* call time jam 7.00 pagi dah ada kat sana tapi hari tu hujan pulak so jam 7.30 pagi jugak la sampai sana..datang ambik tshirt kemudian mula la berzumba..yehaaaaa!! hehehe


Geng aku hari ada 6 orang,yang join tu kawan-kawan class zumba jugak..hujan pulak on off kan..gasak laaa zumba dalam hujan pun tapi meriah kau!! dapat pulak cikgu yang kepala gila-gila memang kecoh haaa..step beliau lajuu dan cepat..tak terkejar,aku buat mana tahu jerk..yang penting nya seronok sangat.Enjoy!





kami :) Nurul,Liza,Eja,Dayah,Nina & Herda 



Habis zumba tu aku tak tunggu sampai habis program pun..lepak kejap santai minum air lepas tu balik rumah laaa,tido! :)


Aktiviti petang pula,aku pergi jogging dekat Taman Bandar Indera Mahkota ni.. situ memang tempat riadah..sesuai laa untuk jogging dan santai bersama family.Aku boleh buat tiga round je..semputtttt!! hahaha..kawasan taman tu boleh tahan juga laa luas nya..ada tasik dan boleh pusing-pusing naik bot.




cantik kan ! hahaha



Ahad 4 February 2018 


Dari pagi duduk rumah saja tak ada plan pun..petang lepas asar ada jemputan hari jadi anak kawan kat Sungai Soi aku pergi dengan housemate..jadi datin duduk belakang..syokk woo :)





Kak Sue & Eiman 





My favourite okayh 


Untuk Eiman : Happy Birthday yang pertama Tyna ucapkan..semoga menjadi anak yang soleh untuk ibu dan ayah yea..mmuaahhh *takpe nanti tyna suruh ibu eiman bacakan* hahaha 



Lepas celebrate tu pergi lepak pantai pulak dengan kawan kerja..jalan sakan tawww..plan nak pergi Cempaka Inn tapi masa tu agak lewat so decide pergi Teluk Chempedak kemudian Pasar Malam Taman Gelora je la..



Kebiasaan nya bila hujung minggu Teluk Chempedak memang ramai pengunjung..rasa tenang je bila berada di situ..tiupan angin melambai lambai selendang aku..ceh! hahah..





Inilah teman aku..selalu taw jadi Photographer tak berbayar..maseh kak syida :)



Pertama kali pergi Teluk Chempedak lepas ke pantai sebelah sana tu..jalan dia cuma naik jambatan tu terus je lahh sampai Teluk Tongkang..kat situ pun pemandangan cantik jugak..




yeahh disini lah :)





Jarang berlaku Amanina ootd seperti ini



Jam 7.30pm jugak laa gerak balik..tengok matahari terbenam..Subhanallah! cantik sangat..tapi tak sempat nak snap pula..terpesona dengan keindahan Allah..lepas tu pergi pasar malam Taman Gelora.cuma pusing-pusing tak beli apa..last-last makan kat kedai jugak..hahah


Jadi itulah rutin harian aku bila weekend dan tak balik kampung..kalau tak pun pergi hiking..last week tak ada partner so kita isi masa terluang yang mana boleh yerk..haha..apa pun enjoy sangat :) 


Jumpa lagi next entry..Bye 


Assalamualaikum :)









24 January 2018

" Segmen Blogwalking by Miss Kepeng "



Hai Assalamualaikum :)






Mari meriahkan segmen Miss Kepeng ni.. Selamat Tahun Baru semua :)

12 January 2018

Hestek2017

Assalamualaikum J 


Happy New Year 2018..


Semoga semua nya dalam kondisi yang baik baik ajaa yaa..aku nak berkongsi satu cerita yang agak struggle jugak lah untuk aku lalui seorang diri..eh tidak! Maksud aku,aku lah watak utama nya..nak bagi faham sikit hestek2017.. maaf dahulu kerana entry kali ni kebarangkalian isi-isi nya terlalu panjang..


Dari ketika aku didefinasikan sebagai seorang pelajar sehingga sekarang,aku memang punyai masalah kulit berjerawat..katanya keturunan yerk? Mungkin betul dan mungkin juga tidak..

*angkat bahuuuu


Selalu memang akan macm ni bila night shift


Ketika ini aku bekerja dalam kawasan under construction..so masa tu segala habuk dan debu pun macam jerebu dan baru aku tahu ada yang nipis dan yang tebal..* apa kau fikir manusia jerk ada yang kurus ada yang gemuk? Banyak hari jugaklaa aku harung segala yang tidak sihat tu..hmmmm




Minggu pertama 


Sehingga lah satu hari aku sedar yang kulit muka ini semakin hari semakin teruk...kenapa teruk sampai macam ni? so aku decide untuk pakai mask pergi kerja..Malu!! dalam dua ke tiga minggu jugak laa pergi kerja pakai mask..bukan setakat pergi kerja,bila hang out dengan member-member pun..aku akan bukak bila nak makan saja..dan masa tu jugak duit aku banyak habis beli mask..yelah sehari dua mask,kadang bila dah bukak tak kan nak pakai semula kan?its not good! tapi rimas jangan dok kabo laa guane,ha ha ha ha…














Setiap hari kawan akan ambik gambar untuk tengok perubahan 


Sampai satu tahap aku rasa dah tak mampu nak teruskan dengan keadaan kulit macam tu untuk berhadapan dengan orang lagi kan,lagi pulak kerja macam ni memang akan jumpa pesakit hari-hari lah.. *nanti pesakit cakap “apa muka misi ni macam nih?haa kan daa kecik hati tu L .Diri sendiri dah low confident tambah pulak dengan orang sekeliling (sesetengah saja) yang tak faham dengan keadaan aku alami masa tu.. then aku decide untuk bercuti..usaha dan tawakal..Banyak bulan jugak ulang alik balik kampung buat rawatan..masa tu segala apa yang jadi favourite aku,yang jadi tabiat aku seratus peratus berubah!aku kena terima semua tu..paksa terima!! *Abah pergi kedai nak beli tomyam,yelah anak dara kesayangan balik kan,sekali lupa anak dalam pantang dan aku pun dengan tenang jawab,tak apa lah abah..adik okay! Sis redha sangat..^--^



                              ikut mak abah pergi kenduri..muka bengkak tapi nak jugak senyum.LOL!




Sambil usap pipi aku yang manja nih mak cakap “kita usaha dan ikhtiar,Allah dengar doa  kita..insya allah dik..sembuh lah suatu hari nanti jangan putus asa“ time ni memang menangis gila babeng kau..
setiap malam sebelum mak tidur ke lepas solat ke,mak akan masuk bilik usap lagi muka ni sambil doa..aku sedar okay! Tapi pura-pura tidur..he he he ..


Selama berbulan-bulan tu..hanya aku sendiri yang boleh tanggung semua tu..bila mana nak cuci muka,sakit! nak sentuh? lagi sakit..nak pakai tudung pun sakit..mengalir airmata sangat! hermm.. L ada hari yang aku menangis sebab tak termampu nak lalui sakit macam ni..bangun pagi pergi tengok muka kat cermin,ada lagi keluar jerawat tu..besar ada kecik ada..sakit! balik kerja tengok lagi..bak cendawan tumbuh..lagi stress! selama 26 tahun hidup,inilah yang pertama aku lalui..Pernah sampai terfikir muka ni kena buatan orang agaknya buat itu ini semua tak jadi… lagi teruk!




Join trip ke Cameron Highland 


Masa dalam rawatan tu,masa tu jugak lah ramai kawan yang kawen nya..aku pun pergi la sebab ada peluang..pergi dengan keadaan muka macam tu,masa ni redha je dah orang pandang-pandang..aku set dalam kepala,kalau ada orang sengaja tanya,aku nak jawab “kesan demam campak” ha ha ha..demi kawan tu juga aku kena jadi pengapit pengantin taw..aku teruskan jugak ..masa hari kenduri tu aku datang untuk pengantin je then aku balik rumah.. J..aku tak boleh kena panas..kesan dia bawak berhari-hari..gatal gatal lepas tu jadi merah muka..siapa boleh tahan weh! Dalam masa tu jugak lah pergi celebrate birthday kawan yang lain..sendiri tengok gambar tu pun takutttttt..







Balik kampung,esok nak jadi pengapit nih!




Pergi celebrate birthday kawan 



Punyai kawan baik yang sanggup kaji selidik kulit muka jenis apa jenis apa..itu anugerah bagi aku..hari hari whatsapp aku macam-macam..nasihat itu ini..alahaii bertuah sangat hidup ni..much love friends. aku bertuah sebab dikelilingi dengan kehadiran kawan-kawan dan keluarga terutamanya,hari-hari bagi sokongan dan semangat..mereka suggest aku macam-macam ubat..apa yang boleh makan apa yang perlu elak..setiap hari hidup aku dikawal oleh mereka..secara sihat la aku maksudkan..sehingga sekarang jugak..Alhamdulillah..mereka aku anggap seperti kakak-kakak dan emak menjaga adik/anak sendiri..

*hug erat-erat*






Celebrate birthday aku pulak laa




Masih ada yang sayaaanggggg.....



Kemudian aku jarak kan masa untuk buat rawatan tu,aku bebas kan muka dengan tak pakai apa-apa pada muka..bedak pun kadang kadang je sapu..masa tu muka aku seriously gelap..yelah tak da SPF langsung kan..gagah kan jugak diri ni nak jumpa orang sekeliling dengan kulit macam tu..masa pergi kerja okay lagi bila masa dah tengah hari haaa masa tu seperti tudung je yang nampak bergerak..tudung kerja pulak warna putih! *Naik sangat seri tu ha ha ha..dan bila tengok balik gambar tu,selalu kena bahan dengan kawan-kawan taw..aku sendiri pun tak percaya.. J *pergi event hosp,kawan terpaksa edit bagi nampak cerah tapi still tak membantu kahkahkahkah








 Join event hosp 


Betul lah mak abah pesan hari tu,walaupun lambat insya allah berhasil kesan nya..semua dengan izin Allah kan..aku bersyukur sehingga hari ni dan aku harap sampai bila-bila pun..semakin hari semakin elok dan sihat..Syukur Alhamdulillah..setiap kali balik mesti mak abah akan survey muka dulu..nampak je depan pintu “haa dik tengok muka?”sambil pegang pipi kiri kanan..itu laa kebiasaan nya..makan pun masih lagi pantang..dah tinggal seafood,segala penambah selera tu pun..macam budu,belacan,sambal..bila ada rasa terliur tu jamah jugak la sikit..sikit jerk..




Kebetulan lighting cantik je..



 Okay! Ketika terjadi nya kisah ini,banyak kemungkinan yang terjadi disebaliknya..kawasan tempat kerja tu mungkin lah salah satu faktor nya,kemudian ada lagi faktor lain yang seiring ..antara nya mybe masalah hormone jugak..tak menentu masa tidur nya,stress fikir masalah datang dan pergi dengan tiba-tiba…dan yang paling top top nya biarlah antara mereka yang disekeliling tahu .. so bila bercampur segala kemungkinan tu,maka terjadilah apa yang aku lalui tu..he he he…






Apa yang berlaku semuanya ada hikmah tersendiri..Allah tahu kemampuan aku tahap mana untuk lalui semua tu..Terima kasih laa untuk keluarga utamanya yang banyak berhabis wang ringgit dan doa untuk sihatkan anak perempuan sorang ni..untuk kawan-kawan rapat yang tak putus-putus bagi semangat,kawan-kawan tempat kerja  dan orang jauh yang selalu ingatkan apa yang perlu beri semangat dan terima diri ini seadanya..untuk mereka yang selalu berada disisi,tahu siapa aku maksudkan..memang tak terbalas segalanya..hah sedih pulakss nih! Alhamdulillah semakin sihat.. hestekGIRLPOWER!..




Dah ok sikit dah..dengan Eyla & Dayah 


Cukup lah untuk berkongsi cerita ini..apa-apa pun kena sabar dan usaha selagi mampu..betul,ada lagi yang lebih teruk dari aku sebenarnya..dan aku jadi lebih confident bila tengok Charisafranc :)


Terima Kasih..Jumpa lagi next entry 





Assalamualaikum 




11 November 2017

Yang Terindah - Achey

Assalamualaikum


Have a good day sunshine :)



Last entry hari raya aidilfitri,Misi sibuk dengan kerja dan jaga hati orang jerk..hahaha


Actually ada je idea nak publish tapi masih belum sampai untuk dipublishkan lagi..tengok lah next time pulak maca mana kan..


Sedang aku asyik tengok news feed nih,ada pulak yang pasang lagu Achey ni..banyak kali repeat boleh tahan best jugak..dengar lagi makan dalam jugak nih..hahahaha..oops!sebelum ni kawan kawan asyik play lagu ni je tapi buat buat biasa jerk,mybe that time perasaan tak menjiwai lagii lirik lagu ni. ^_^


lihat diriku
aku merayu walaupun secebis kasih beri kepadaku
ia cukup bermakna sebelum ku terlena
lena untuk selamanya
yang terindah
engkau tetap didalam ingatan
yang terindah manis mengatasi kepahitan

cintaku tetap satu
hanyalah kepadamu
yang tersemat diragaku

yang terindah
ku pintakan di dalam doaku
yang terindah
bila tercipta cinta padamu

setia dijiwaku
setia dihatiku
kaulah yang terindah

lihat diriku
aku merayu secebis kasihmu
ia bermakna sebelum lena
lena selamanya

cintaku tetap satu
hanyalah kepadamu
yang tersemat diragaku

yang terindah
ku pintakan di dalam doaku
yang terindah
bila tercipta cinta padamu

setia dijiwaku
setia dihatiku
kaulah yang terindah

yang terindah
ku pintakan di dalam doaku
yang terindah
bila tercipta cinta padamu

setia dijiwaku
setia dihatiku
kaulah yang terindah

ku pintakan di dalam doaku
yang terindah
bila tercipta cinta padamu

setia dijiwaku
setia dihatiku
kaulah yang terindah








Hayati laa bersama sama jiwa yang pilu ..hahahha



Next entry jumpa lagii kalau dipanjangkan umur..

Love 

04 July 2017

Aidilfitri 2017

Salam Aidilfitri!


Lama sangat dah tak menaip entry nih!sibuk berperang dengan kehidupan dengan dunia kerjaya lagi..so kita ketepikan dulu laa aset yang nih...cewah ;)


Aidilfitri tahun ni aku sambut seperti biasa tak ubah seperti tahun tahun yang lepas..track suit dengan tshirt tu dah memang trend..hahaha..nak plak malam raya kerja lagi kan so pagi raya baru balik kampung..dah sampai kampung tu memang kerja nya tido aje laa kan,dah petang baru ada kawan datang beraya..


Dapat cuti raya dua hari jerk,atleast dapat juga cuti kan..so raya ketiga da mula kerja..Raya ke-7 aku da start cuti panjang..baru lah raya sakan..so bertuah sangat sebab kawan kawan dari kuantan nak ikut beraya sekali kat rumah..plan awal nya ramai nak datang tapi last min ada hal pulak..4 ketui je laa yang dapat ikut..tu pun "hancur" belaka.. #gengotaksenget 




Konvoi 2 jenama perodua diatas highway seronok walaupun hanya 2!sampai kampung dalam pukul 5petang jugak...mak abah dah menanti kehadiran we all..hahah..mak hidangkan nasi ayam "opkos feveret i oll" dengan kuih raya yang tak abih lagi tu..heheheh.. *tak sempat snap time makan sebab semua lapar* ^_^


Dari jauh datang,aku bawak dieorang pusing pusing kampung..actually xde la kampung mane kan cuma berbeza dengan suasana kat kuantan tu..tapi good looking laa dieorg cakap..hahhah..lepastu bergambar laa teruih yang semestinya ada dalam kamus harian kan?.. kat tempat aku ni terkenal dengan keindahan gunung senyum..jadii agak menarik laa disitu..waah!






Cantik kan :) hahahaha






Bergambar sebelum dieorang balik kuantan...



Terima kasih korang sudi datang beraya kat Jengka..next time datang lagi jangan serik yea..mintak maaf kalau ada terkurang layanan atau apa-apa jerk..kehidupan di Felda macam ini lah..:) semoga persahabatan ini kekal sampai bila-bila..hari itu adalah hari paling bahagia untuk aku..Thank you so much friends!  #GENGMUIP





From Kuantan with loves :-)

14 October 2016

Hiking Bukit Panorama,Sungai Lembing

Hye Assalamualaikum guys :)



Selamat bersua kembali..oh kali ni dapat masa free untuk update entry.. Dah nak hujung tahun kot..hehehe...



Untuk kali ni nak share cerita masa cuti Awal Muharam lepas..kebetulan dapat cuti on that day..so plan nak joging je tapi my partner ajak aku untuk hiking..dalam nak tak nak tu lepas lah jugak kan.. seronok weh!



Dan kami bertolak seawal pagi ke Bukit Panorama,Sungai Lembing..jalan nak kesana jangan expect lah cantik cantik..gelap gelita tak nampak ape pun (pagi buta kot)..dalam hati woiihh if anything happen siapa yang nak tolong kan? hurmm..Allhamdulillah ALLAH permudahkan kami bertiga untuk sampai ke sana..



Rasanya macam kamiorang je yang paling awal kan,rupanya lagi ramai yang awal..hahaha..so kami teruskan mendaki..weh kau untuk orang petama kali hiking macam aku ni baru je berapa langkah dah semput...tetiba pulak datang nye angin badan ni..semput jangan cakap..Oksigen tak cukupppp...banyak kali jugak berhenti nya..jangan expect orang kuruih ni kuat..and im very suprised because my partner yang buncit tu boleh laju dari aku..kau ghase? Tercengang beb! hahahha.. 





Kalau lah penat tu boleh dihitung..



Nak sampai ke puncak tu macam dah give up..mindset lepas ni memang dah tak nak dah hiking dah..Step by step finally sampai jugak lah kan ke puncak..wow sangat teruja..cantik ciptaan Allah ni..terus hilang rasa penat semua tu..dan pulak tengok macam macam gelagat orang orang kat situ..hehehe





hye! saya da sampai..nampak jugak lah muka happy tu :) 



Lepas hiking kami pergi jalan jalan pulak..






ya!! itulah ringkasan nya.. :)







Gambar cenggini haruslah ada..semoga kita bertemu untuk hiking yang seterusnya..



Haa itu saje lah ceritanya..thank you woii untuk experienced yang best tu..Dengar cerita family kami (Group family Kedah) nak hiking Bukit Broga pulak..macam best jer..hehehe..




Okay..stay tuned next entry..Thank you yaww.. :) 




Byee  .... 





29 September 2016

Throwback ...

Assalamualaikum :)




               Sebenar nya tak tahu nak update entry tentang apa kan so inilah saja yang mampu :) 






Terlibat dengan perbarisan hari kemerdekaan di Kuantan,2016...





Sekian.Thank You ...













13 April 2016

Kerja Baru

Assalamualaikum everyone :)






Oh yaa! bulan ni tinggal beberapa hari je lagi nak sampai ke penghujung..rasa sedih sangat..yelah untuk kenangan tiga tahun yang telah tercipta kemudian kita bermula dengan kenangan yang baru..yes!mungkin tak sama..ada seronok atau sebalik nya.
 
 
 
Apapun ini adalah peluang baru untuk aku mencari pengalaman..explore semua yang telah aku pelajari selama tiga tahun masa diploma dulu.ya!aku berterima kasih kerana disini jugak aku sudah dapat belajar in real life tetapi dalam kelompok yang kecil. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tidak menafikan ada setengah pihak pandang tempat itu sebagai tiada cabaran but for me its very excited! apapun aku doa dan mintak yang elok elok saja..biasalah mana-mana tempat pasti ada tekanan ada masalah cuma tetapkan dalam minda,niat dan tanggunjawab kita kan? :)




so start bulan depan da baru bekerja di tempat baru..di salah sebuah hospital di kuantan ni..segala perasaan mula lah wujud kan..takut dengan environment baru,dengan cara bekerja dan sebagainya..itu memang tidak boleh dinafikan...semoga ianya di permudah kan..dan doalah semoga aku menjadi seorang jururarawat yang disegani :)








Terima kasih..thats all...























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...