18 November 2018

Cardio Activities

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu kalian :)

Hari ni macam rasa rajin nak menaip entry blog sebab sebelum sebelum nii sibuk dengan kerja lepas tu pulak menyibukkan diri join aktiviti aktiviti lain..heheh haa da tua tua baru nak aktif weii..hahahaha 

So,aku simpul kan kesemua lah aktiviti yang aku join sepanjang blog ni tak aktif,sebenar nya kekangan masa jugak lah nak menaip satu satu ni kan..siang kerja lain,malam ada plan lain pulak..biasa lah hidup di kota raya kena bijak mencari rezeki *jangan kecam yea*


Okay untuk yang pertama aku mulakan dengan Aktiviti Hiking di Bukit Panorama,Sungai Lembing bersama staff KKPMC (geng hospital) pada hari sabtu tapi tarikh dah tak ingat ye kawan-kawan :) seronok memang seronok sebab pergi dengan team kan,berkumpul nak tengok sunsrise,very seronok you all haha,usai solat subuh dan selfie bagai segala kat atas tu kemudian kami turun makan pagi di Pasir Kubur..lepas pada tu baru bergerak balik ...



This is my team "KKPMC TEAM HIKING 2018"



Gambar stand up harus ada okayh!


Untuk yang kedua pula,aku teruskan dengan Hiking jugak di Red Forest,Jerantut bersama team KKPMC  pada 16 September 2018 (Ahad)..kami hiking disana bersama dengan team Para Pejalan..kami bergerak awal pagi untuk solat subuh di Masjid Besar Jerantut kemudian berada di tempat berkumpul dalam jam 7pagi..usai taklimat dari penganjur dan senaman ringkas sebelum memulakan aktiviti,kami dibekalkan sarapan pagi,bendera Malaysia then Button ..untuk pergi ke sana, kami menunggu giliran menaiki bas dan melalui jalan ladang kelapa sawit.. *tiba tiba teringat zaman kecik-kecik ikut abah masuk ladang* heheh..berbagai cerita sepanjang mendaki kat situ..cerita aku semestinya dan cerita dari kawan kawan lain lagi..haih kalau ingat gelak sendiri..*hah!jangan bermonolog sendiri yaa kalian :)



Selamat Hari Malaysia!!..
sampai atas lupa dah yang diri tu jatuh terguling masa kat bawah ^_^


Aktiviti yang ketiga pula,aku pergi hiking di Hutan Berkelah,Maran.yang ni pergi dengan team lain "Team Extreme and Hikers"..ingat kan biasa biasa je,rupanya sangat mencabar dan sangat sangat extreme! haha sepanjang laluan nak sampai ke tingkat 7 (tingkat yang terakhir) tu kena melalui air terjun..dan boleh tengok betapa struggle nya kami ni nak sampai ke sana..tambah pulak dengan kasut licin (aku la tu :) lepastu dengan jatuh dah macam macam style!terduduk ada,tersembam pun ada..dan boleh kata kan aku berkaki ayam mula dari air terjun tingkat 4 tak silap.masa hiking sini bagi aku tak de lah rasa penat cuma perlu tahan mental dan fizikal je korang! banyak kawal badan sebab licin kan lepas tu nak panjat sana sini tu,fuhh!!Tuhan saja yang tahuuuuuu.kemudian,kami berhenti makan dekat air terjun tingkat 5,sampai tingkat tujuh dalam jam 12 tengahari..siap semua kat atas tuu kemudian turun tingkat 2 untuk mandi dan bersiram..dapat mandi sedap giler,air sejukkkkk sangat:)



Ni tingkat berapa ntah laa..hahah tapi kesemua jalan tu memang macam ni dan air terjun sangat lajuuu.



Ni dah sampai air terjun tingkat 7,memang cantik sangat..air pun bersih


Aktiviti yang keempat,aku dan kawan kawan join event Fun Run 4km ASNAF MUIP..4km je pun semput jugak hahaha..dapat jersey,medal dan ada cabutan bertuah..



Kami sokong aktiviti sihat ☺


Yang kelima,kami join NASAM  COLOUR WALK 4 HEALTH 2018 (National Stroke Association of Malaysia)..Yang ni jalan jalan je untuk memberi semangat kepada pesakit stroke,dan ada juga untuk diabetis patient,serta sokongan berhenti merokok ..exercise sebelum berjalan sangat happening korang..best!



Misi misi dengan doktor doktor yang sangat supporting :)



Semua penuh dengan tepung warna warni..



Terima kasih keluarga dan kawan-kawan yang menghargai diri ini..
Happy Birthday Amanina Nasuha Md Naser ynag ke 27..
semoga semua doa Allah makbulkan..Insha Allah.. 
Dan tak lupa 16/10/2018 tok pergi menghadap ilahi :( Al-fatihah tok ☹️




Yang ni Hiking Bukit Panorama jugak..saja-saja sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Pahang


Yang seterusnya,aku join pulak aktiviti Wall Climbing yang dijalankan di Kompleks Belia dan Sukan Kuantan,bayaran yang dikenakan Rm5/seorang sahaja..sebenarnya aku ni bukan la seorang yang berani sangat pun cuma berminat nak join aktiviti macam ni..atleast da pernah cuba kan..pengalaman yang ni aku volunteer untuk naik dulu..hahaha..Round pertama dua kali sangkut kat panel 3 sebab tangan dengan kaki kejang,hahaha..lepas tu try lagi sampai panel ke-5..ok laaa tuu..then round ke dua sampai panel 6 ke 7 gitu laaa...kesemua panel ada 12.. aku nak teruskan tapi dah tak boleh..takpe,insha allah 24hb ni ada lagi so try hard Amanina! :)



Ini antara yang join wall climbing..



Okay,da start nak climbing..heheheh
kalau berhajat nak tengok video aku kat sini yeeeeaaa..


Dan yang terakhir,tadi siang aku dan kawan kawan lain join Gambut Run 5km di Taman Bandar Indera Mahkota,Kuantan..Fun Run ni anjuran Adham Bike Centre.seperti biasa,dapat jersey,medal dengan cabutan bertuah..



Antara yang join..good job friends!



Amanina done!


Tak rugi melibatkan diri dalam aktiviti sihat sebegini,dapat kenal kawan-kawan juga menambah pengalaman baru kan disamping dapat menjaga tahap kesihatan diri kita juga..

"Jika aku bahagia dan seronok dengan cara sebegini mohon Allah izinkan dan permudahkan segala perjalanan aku..Insha Allah..Aminn"

Itulah serba sedikit yang aku dapat kongsikan "Cardio Aktivities" dengan korang yea..ada masa aku update lagi dengan entry yang lain pulak ..

Terima kasih kalian sudi membaca sebuah karangan gred biasa biasa nih :)


Bye,Assalamualaikum 

















2 comments:

Mia Liana said...

wahhhh.. bestnya. dah lama sangat tak hiking ni...

Unknown said...

disebabkan kekangan masa lah ramai antara blogger yang dah tak aktif :( btw bestnya hiking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...