26 January 2015

REVIEW :Dylon Spray Starch

Assalamualaikum 



Kali ni aku nak review satu barang..okay! untuk perempuan perkara pertama bila nak keluar mesti nak touch up touch up biar nampak elegan serta bergaya dari atas kepala sampai lah ke kaki kan?yes! sama macam aku..bairpun aku ni style simple aje..penampilan dengan personality juga perlu seiring... 



Selalu nya perempuan ni bila da siap-siap tetiba ada satu part yang buat naik angin...bila semua dress up da tahap retis tudung pulak tak "menjadi" you know why,tudung lembik la gelembung sana sini so dah jadi macam tak perfecto that day! lepas tu spoil nak hang out.. mula lah nak tiup-tiup tudung tu jadi terbentuk..hahaha memang selalu jadi kat aku...




So sekarang aku nak kenalkan satu produk..produk ni bila pakai sure you all tak akan tiup-tiup lagi dah! nama nya fabric starch dari Mulawa Fashion..untuk yang biasa dengan  starch ni mesti tahu macam mana nak pakai kan? untuk yang baru nak pakai macam aku ni cara nya macam ni ...teknik sembur dan iron saje :)







Caranya 

1- Iron tudung lepastu lipat dua bahagian tudung untuk jadikan penanda tempat untuk sembur fabric starch ni,biasanya mesti lah sembur pada bahagian awning kan..

2- Lepas dah iron tudung tu buka lipatan tadi dan akan nampak garisan tadi tu

3- Sembur fabric starch pada bahagian itu dan pastikan semburan tu diserap ke dalam fabric

4- Lastly iron pada tempat yang dah di sembur tadi..settle!..mudah kan?




Sekarang da tak payah nak muncung-muncung lagi mulut tu yea..dengan lebih yakin dan selesa bila korang menggunakan starch fabric ni..



So sekarang boleh lah beli secara online di Mulawa Fashion..Harga promo Rm 11..Rm 9 untuk postage ye..ataupun inbox di page Mulawa Fashion




Zaman sekarang semua mudah..beli sembur dan iron..Zaman aku sekolah dulu kalau nak keraskan tudung sangup gunting fail sangup koyak kan kertas tu nak jadi pelapik tudung..bila naik menegah sikit letak lilin plak.. kelakor!





Selain untuk tudung,Dylon Spray Starch ni jugak boleh digunakan untuk iron kemeja,seluar dan sebagainya..so lagi tajam lah side-side kemeja tu..owhh boleh juga untuk uniform misi mekna niii...hihihih.. dan bertambah wangilah  dengan semburan Dylon ni..







Orang sebelah mekna ni memang pengguna tegar starch ni haa..heheheh.. *example terdekat




Owh yaa,starch ni tak available untuk sabah sarawak yea sebab ia mengandungi bahan yang mudah terbakar..okay lah sampai sini dulu... jangan lupa untuk mencuba yaaa...



Bye
Assalamualaikum


14 January 2015

Demam Denggi

Hye Assalamualaikum :)


Ni entry pertama untuk tahun 2015..nampak tak kesibukan disitu? hahaha..walau macam mana pun tetap nak jenguk blog kesayangan hamba ni haa..banyak inspirasi bila bukak blogspot ni tapi nak update entry kena betul-betul free..like now!



Sekarang musim demam denggi kan?bila patient datang klinik mesti diagnos demam demam demam.....kena ambik darah..kena cucuk plak..sakit wooo!lepas tu kena tahu positive atau negative denggi..Alhamdulillah setakat hari ni aku sihat lagi..



Denggi ni disebabkan oleh virus yang masuk ke dalam salur darah melalui gigitan nyamuk aedes..selalunya demam ni akan bermula antara dua hingga 7 hari..demam yang sangat panas,then sakit-sakit badan,muntah-muntah dan ruam merah juga boleh terjadi apabila selepas demam tiga hingga empat hari..






Untuk kenalpasti sama ada positive atau negative dikesan melalui antibodi Igm (antibodi yang dihasilkan untuk melawan jangkitan ) dan NS1 iaitu test untuk kenalpasti demam pada peringkat awal.. *kena ambik darah cerita dia..



Bila korang rasa macam tak selesa badan ataupun ada demam segera jumpa doktor yea..bimbang yang teruk akan bertambah teruk...yang penting kawasan-kawasan yang ada air bertakung tu kalau boleh bersihkan yea..sebab itu juga salah satu nyamuk membiak..







Haaaaa letak poster tu dalam mind set okay..jaga kesihatan masing-masing tawww...hehehe..serba sedikit perkongsian aku dengan korang yang baca blog ni..terima kasih..kalau ada salah info jangan segan-segan bagitahu aku yea..



okaylah,baibaibaiii... Assalamualaikum :)


*sumber : sini & sini 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...