05 July 2014

Diet Atkins

Assalamualaikum




Selamat Berpuasa semua!Hari ni da hari ke lapan puasa kann...Okay! so entry kali ni nak cerita tentang diet..yeapp diet!! eh bukan aku yang nak diet tu,kalau aku yang diet jawab eh tinggal skeleton laa..hahahha.. bajet slim hokay :)




Ni pasal diet ATKINS...mesti pernah dengar kan?apa tu diet atkins??kenapa dengan diet atkins??okay! jom lah teruskan membaca entry ini dan pengalaman orang yang terlibat dalam diet atkins ni..lets!!





Diet ATKINS nie maksud nya corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr Robert C.Atkins untuk membantu seseorang mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan..Korang yang berkeinginan nak try diet atkins mestilah kena berdisiplin sebab nya misi dan visi korang nak badan langsing kannnn..so kena laa ikut step..Tapiiii bukan sebab nak diet je apa-apa nak buat pown kena ikut step jugak...





ATKINS nie ada 4 peringkat utama..yang (1) Induction yang (2) Ongoing Weight Loss (3) Pre maintenance
(4) Lifetime Maintenance...Di mana peringkat (1) adalah yang sangat penting sebabnya ia adalah tapak permulaan dalam corak pemakanan kita sebelum ni..





Yang ni yang kena elakkan semasa fasa (1) dan banyakan minum air...





Ini apa yang boleh dan apa yang tak boleh semasa dalam prosess ATKINS




Sekarang aku nak tunjuk salah sorang testimoni yang terjebak dengan diet atkins ni..Dia ni da 4 bulan dengan atkins ni..bermula dengan berat 85kg..85 okay!tapi bagi aku 85 takde lah berat tapi as a woman biasalah kan..so dengan atkins ni dia da berjaya dapat berat 67kg..tanpa pengambilan supplement atau pun produk-produk untuk slim mlim ni...Dalam dua minggu pown da nampak perubahan,tapi kena bersungguh laa tanpa ada cheatinglah...Insya Allah kelangsingan yang korang nak tu akan jadi kenyataan..so tahun ni boleh lah beraya sakan kan...da slimmm!!






See!! aku teruja tengok gambar ni..x sabar nak jumpa Raya ni..cantik!!





Perubahan tu jelas kann....




So percaya atau tidak??yes inilah yang sebetulnya..tak perlu takut dengan bahan-bahan tambahan dalam produk..sebab ini real..kalau yang produk mungkin lah takut ada campuran something ke apa ke...Bukan lah yang produk semua tak elok..depends pada diri masing-masing..




Testimoni tu member aii hokay!..hehehe..perasan tak dekat header tu gambar aku dengan siapa?yes dengan dia..Siti Soleha Abd Hamid :) teruskan sahabat dengan atkins kau..tak sia-sia pown..kalau dulu orang duk kutuk macam-macam, laaa orang akan terkejut!! hehehe...




Okay! harap entry ni dapat berkongsi dengan readers tentang DIET ATKINS...walaupun tak sepenuh nya..and thanz to soleha sebab sudi bagi information tentang atkins ni....nak lebih tahu boleh rujuk ATKINS DIET and Kelab Diet Atkins Malaysia..oh yaa..soleha ni ada page,bekaitan dengan Diet Atkins ni.. Mawar Merah Journey..kat situ ad share sikit tentang cara pemakan,exercise ke apa semua...so boleh la tengok-tengok yea :)





Lastly...Selamat Berpuasa dan Berbuka Puasa!Jangan melebih-lebih plak nak beli makanan tu...nanti terlebih berat badan...hehehe..Bye..Assalamualaikum...



PUBLISH!









*kalau ada info yang salah mintak di betulkan..tq :)




















27 June 2014

Dapat dah !


Assalamualaikum




Hye! Entry sebelum ni aku ada citer pasal Ok Lulus kan??tak baca lagi??ok tak pe..tap SINI yea..haaa tu baru step pertama..ok da settle pasal tu..



Gambar tiada kaitan :)



Citer kali ni aku dah dapat bukti nya..nak tengok??relax brother relax! sister!Seronok nyah dapat tengok da jadi milik sendiri..before this tengok yang kawan-kawan punya jer..giler kau tak jeles!tanpa aku sedar,aku jugak boleh dapat macam orang lain..eceh ayat! hahahah






Yes!!ini diaaaaa.."Lesen P"




Umur 23 baru nak dapat P..okay bangga kejap da dapat P dannn terus dapat yang baru..bukan lagi yang lesen nipis tu..hahahaha...




So agak-agak panjang langkah tak aku??hermmmm still takut-takut lagi actually...tapi boleh da bawak..semua sokongan dari roomate aku,encik Love,dan family laa yang paling penting... nak sangat tengok aku bawak kereta dan boleh ganti tempat Dato Naser..*bangga*..ohh tak lupa cikgu driving aku ..Abg Mat..sporting you all.. 




Ok seronokkk!!!hahaha..takpelah itu je nak cerita pown..ada masa terluang kan..so tak lama lagi da nak menyambut Ramadhan..lagi satu hari je..insya allah Ahad ni da 1 Ramadhan..so selamat menunaikan ibadah puasa ye sahabat sekaliannn...



ohh yaaa..sebelum close my entry ,saje lah nak share..aku suka baca blog rejoicegirl..yang ada si Elfira Loy tu..kalau nak baca boleh laa ke RejoiceGirlBlog ...




Okay la see next time..bye,Assalamualaikummm..



PUBLISH!!












18 June 2014

Ok LULUS!

Assalamualaikum kekasih hati :)



Morning morning morning!!! happy happy happy sebab aku da pass JPJ..semalam terjawab segala resah gelisah okay..mau tak boleh tido di buat eh..











Alhamdulillah :) lepass ni boleh bawak kereta jalan-jalan bawak mak abah bawak kawan-kawan.."okay tengah giler sterring orang cakap" tapi kan tapi kan paling nervous masa jpj duduk sebelah..time nak test jalan raya..sebelum ni cikgu duk sebelah boleh lagi nak main-main gelak-gelak segala..






Semalam hambik kau kena sebijik..bising itu ini..aku diam je..janji aku LULUS okay..thats important aku da boleh bawak kereta yea..bukan tingtong lagi..dan paling best JPJ tu adalah patient aku..(Pesakit yang pernah datang bawak anak datang klinik) okay sungguh seronok...!!!!









Aku kena sesi 1 dan no 8..no bertuah..dan no favourite aku.. xperlu bagitaw rasanya..hehehe...siap awal senang hati..macam biasa masa nak panggil nama aku..macam-macam JPJ tu sebut...nama aku susah barangkali." AMANINA NASUHA"..jadi macam-macam nama...






So,hari ni da start masuk keje balik..lepas tiga hari cuti dengan rasa sungguh enak tanpa memikirkan hal klinik..masuk hari ni da macam-macam kena settle..okay aku orang penting jugak!! hahahahaha...




Okay lahh..nak sambung keje plak..BYE..



Assalamualaikum


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...