Assalamualaikum J
Happy New Year 2018..
Semoga semua nya dalam kondisi yang baik baik ajaa yaa..aku
nak berkongsi satu cerita yang agak struggle jugak lah untuk aku lalui seorang
diri..eh tidak! Maksud aku,aku lah watak utama nya..nak bagi faham sikit hestek2017.. maaf dahulu kerana entry
kali ni kebarangkalian isi-isi nya terlalu panjang..
Dari ketika aku didefinasikan sebagai seorang pelajar
sehingga sekarang,aku memang punyai masalah kulit berjerawat..katanya keturunan
yerk? Mungkin betul dan mungkin juga tidak..
*angkat bahuuuu
Selalu memang akan macm ni bila night shift
Ketika ini aku bekerja dalam kawasan under construction..so
masa tu segala habuk dan debu pun macam jerebu dan baru aku tahu ada yang nipis
dan yang tebal..* apa kau fikir manusia
jerk ada yang kurus ada yang gemuk? Banyak hari jugaklaa aku harung segala
yang tidak sihat tu..hmmmm
Minggu pertama
Sehingga lah satu hari aku sedar yang kulit muka ini semakin
hari semakin teruk...kenapa teruk sampai macam ni? so aku
decide untuk pakai mask pergi kerja..Malu!! dalam dua ke tiga minggu jugak laa
pergi kerja pakai mask..bukan setakat pergi kerja,bila hang out dengan
member-member pun..aku akan bukak bila nak makan saja..dan masa tu jugak duit
aku banyak habis beli mask..yelah sehari dua mask,kadang bila dah bukak tak kan
nak pakai semula kan?its not good! tapi rimas jangan dok kabo laa guane,ha ha
ha ha…
Setiap hari kawan akan ambik gambar untuk tengok perubahan
Sampai satu tahap aku rasa dah tak mampu nak teruskan dengan
keadaan kulit macam tu untuk berhadapan dengan orang lagi kan,lagi pulak kerja
macam ni memang akan jumpa pesakit hari-hari lah.. *nanti pesakit cakap “apa muka misi ni macam nih?haa kan daa kecik hati
tu L
.Diri sendiri dah low confident tambah pulak dengan orang sekeliling (sesetengah
saja) yang tak faham dengan keadaan aku alami masa tu.. then aku decide untuk bercuti..usaha
dan tawakal..Banyak bulan jugak ulang alik balik kampung buat rawatan..masa tu
segala apa yang jadi favourite aku,yang jadi tabiat aku seratus peratus
berubah!aku kena terima semua tu..paksa terima!! *Abah pergi kedai nak beli tomyam,yelah anak dara kesayangan balik
kan,sekali lupa anak dalam pantang dan aku pun dengan tenang jawab,tak apa lah
abah..adik okay! Sis redha sangat..^--^
ikut mak abah pergi kenduri..muka bengkak tapi nak jugak senyum.LOL!
Sambil usap pipi aku
yang manja nih mak cakap “kita usaha dan ikhtiar,Allah dengar doa kita..insya allah dik..sembuh lah suatu hari nanti
jangan putus asa“ time ni memang menangis gila babeng kau..
setiap malam sebelum
mak tidur ke lepas solat ke,mak akan masuk bilik usap lagi muka ni sambil
doa..aku sedar okay! Tapi pura-pura tidur..he he he ..
Selama berbulan-bulan tu..hanya aku sendiri yang boleh
tanggung semua tu..bila mana nak cuci muka,sakit! nak sentuh? lagi sakit..nak
pakai tudung pun sakit..mengalir airmata sangat! hermm.. L ada hari yang aku
menangis sebab tak termampu nak lalui sakit macam ni..bangun pagi pergi tengok
muka kat cermin,ada lagi keluar jerawat tu..besar ada kecik ada..sakit! balik
kerja tengok lagi..bak cendawan tumbuh..lagi stress! selama 26 tahun
hidup,inilah yang pertama aku lalui..Pernah sampai terfikir muka ni kena buatan
orang agaknya buat itu ini semua tak jadi…
lagi teruk!
Join trip ke Cameron Highland
Masa dalam rawatan tu,masa tu jugak lah ramai kawan yang
kawen nya..aku pun pergi la sebab ada peluang..pergi dengan keadaan muka macam
tu,masa ni redha je dah orang pandang-pandang..aku set dalam kepala,kalau ada
orang sengaja tanya,aku nak jawab “kesan demam campak” ha ha ha..demi kawan tu
juga aku kena jadi pengapit pengantin taw..aku teruskan jugak ..masa hari
kenduri tu aku datang untuk pengantin je then aku balik rumah.. J..aku tak boleh kena
panas..kesan dia bawak berhari-hari..gatal gatal lepas tu jadi merah
muka..siapa boleh tahan weh! Dalam masa tu jugak lah pergi celebrate birthday
kawan yang lain..sendiri tengok gambar tu pun takutttttt..
Balik kampung,esok nak jadi pengapit nih!
Pergi celebrate birthday kawan
Punyai kawan baik yang sanggup kaji selidik kulit muka jenis
apa jenis apa..itu anugerah bagi aku..hari hari whatsapp aku macam-macam..nasihat
itu ini..alahaii bertuah sangat hidup ni..much love friends. aku bertuah sebab
dikelilingi dengan kehadiran kawan-kawan dan keluarga terutamanya,hari-hari
bagi sokongan dan semangat..mereka suggest aku macam-macam ubat..apa yang boleh
makan apa yang perlu elak..setiap hari hidup aku dikawal oleh mereka..secara
sihat la aku maksudkan..sehingga sekarang jugak..Alhamdulillah..mereka aku
anggap seperti kakak-kakak dan emak menjaga adik/anak sendiri..
*hug erat-erat*
Celebrate birthday aku pulak laa
Masih ada yang sayaaanggggg.....
Kemudian aku jarak kan masa untuk buat rawatan tu,aku bebas
kan muka dengan tak pakai apa-apa pada muka..bedak pun kadang kadang je
sapu..masa tu muka aku seriously gelap..yelah tak da SPF langsung kan..gagah
kan jugak diri ni nak jumpa orang sekeliling dengan kulit macam tu..masa pergi
kerja okay lagi bila masa dah tengah hari haaa masa tu seperti tudung je yang
nampak bergerak..tudung kerja pulak warna putih! *Naik sangat seri tu ha ha ha..dan bila tengok balik gambar
tu,selalu kena bahan dengan kawan-kawan taw..aku sendiri pun tak percaya.. J *pergi event hosp,kawan terpaksa edit bagi nampak cerah tapi still tak
membantu kahkahkahkah
Join event hosp
Betul lah mak abah pesan hari tu,walaupun lambat insya allah
berhasil kesan nya..semua dengan izin Allah kan..aku bersyukur sehingga hari ni
dan aku harap sampai bila-bila pun..semakin hari semakin elok dan sihat..Syukur
Alhamdulillah..setiap kali balik mesti mak abah akan survey muka dulu..nampak
je depan pintu “haa dik tengok muka?”sambil
pegang pipi kiri kanan..itu laa kebiasaan nya..makan pun masih lagi
pantang..dah tinggal seafood,segala penambah selera tu pun..macam budu,belacan,sambal..bila
ada rasa terliur tu jamah jugak la sikit..sikit jerk..
Kebetulan lighting cantik je..
Okay! Ketika terjadi nya kisah ini,banyak kemungkinan yang
terjadi disebaliknya..kawasan tempat kerja tu mungkin lah salah satu faktor
nya,kemudian ada lagi faktor lain yang seiring ..antara nya mybe masalah
hormone jugak..tak menentu masa tidur nya,stress fikir masalah datang dan pergi dengan tiba-tiba…dan yang paling top top
nya biarlah antara mereka yang disekeliling tahu .. so bila bercampur segala
kemungkinan tu,maka terjadilah apa yang aku lalui tu..he he he…

Apa yang berlaku semuanya ada hikmah tersendiri..Allah tahu
kemampuan aku tahap mana untuk lalui semua tu..Terima kasih laa untuk keluarga
utamanya yang banyak berhabis wang ringgit dan doa untuk sihatkan anak
perempuan sorang ni..untuk kawan-kawan rapat yang tak putus-putus bagi
semangat,kawan-kawan tempat kerja dan
orang jauh yang selalu ingatkan apa yang perlu beri semangat dan terima diri
ini seadanya..untuk mereka yang selalu berada disisi,tahu siapa aku
maksudkan..memang tak terbalas segalanya..hah sedih pulakss nih! Alhamdulillah
semakin sihat.. hestekGIRLPOWER!..
Dah ok sikit dah..dengan Eyla & Dayah
Cukup lah untuk berkongsi cerita ini..apa-apa pun kena sabar dan usaha selagi mampu..betul,ada lagi yang lebih teruk dari aku sebenarnya..dan aku jadi lebih confident bila tengok
Charisafranc :)
Terima Kasih..Jumpa lagi next entry
Assalamualaikum