26 January 2015

REVIEW :Dylon Spray Starch

Assalamualaikum 



Kali ni aku nak review satu barang..okay! untuk perempuan perkara pertama bila nak keluar mesti nak touch up touch up biar nampak elegan serta bergaya dari atas kepala sampai lah ke kaki kan?yes! sama macam aku..bairpun aku ni style simple aje..penampilan dengan personality juga perlu seiring... 



Selalu nya perempuan ni bila da siap-siap tetiba ada satu part yang buat naik angin...bila semua dress up da tahap retis tudung pulak tak "menjadi" you know why,tudung lembik la gelembung sana sini so dah jadi macam tak perfecto that day! lepas tu spoil nak hang out.. mula lah nak tiup-tiup tudung tu jadi terbentuk..hahaha memang selalu jadi kat aku...




So sekarang aku nak kenalkan satu produk..produk ni bila pakai sure you all tak akan tiup-tiup lagi dah! nama nya fabric starch dari Mulawa Fashion..untuk yang biasa dengan  starch ni mesti tahu macam mana nak pakai kan? untuk yang baru nak pakai macam aku ni cara nya macam ni ...teknik sembur dan iron saje :)







Caranya 

1- Iron tudung lepastu lipat dua bahagian tudung untuk jadikan penanda tempat untuk sembur fabric starch ni,biasanya mesti lah sembur pada bahagian awning kan..

2- Lepas dah iron tudung tu buka lipatan tadi dan akan nampak garisan tadi tu

3- Sembur fabric starch pada bahagian itu dan pastikan semburan tu diserap ke dalam fabric

4- Lastly iron pada tempat yang dah di sembur tadi..settle!..mudah kan?




Sekarang da tak payah nak muncung-muncung lagi mulut tu yea..dengan lebih yakin dan selesa bila korang menggunakan starch fabric ni..



So sekarang boleh lah beli secara online di Mulawa Fashion..Harga promo Rm 11..Rm 9 untuk postage ye..ataupun inbox di page Mulawa Fashion




Zaman sekarang semua mudah..beli sembur dan iron..Zaman aku sekolah dulu kalau nak keraskan tudung sangup gunting fail sangup koyak kan kertas tu nak jadi pelapik tudung..bila naik menegah sikit letak lilin plak.. kelakor!





Selain untuk tudung,Dylon Spray Starch ni jugak boleh digunakan untuk iron kemeja,seluar dan sebagainya..so lagi tajam lah side-side kemeja tu..owhh boleh juga untuk uniform misi mekna niii...hihihih.. dan bertambah wangilah  dengan semburan Dylon ni..







Orang sebelah mekna ni memang pengguna tegar starch ni haa..heheheh.. *example terdekat




Owh yaa,starch ni tak available untuk sabah sarawak yea sebab ia mengandungi bahan yang mudah terbakar..okay lah sampai sini dulu... jangan lupa untuk mencuba yaaa...



Bye
Assalamualaikum


8 comments:

  1. kat terengganu susah nak cari bnde ni. kawan sal bnde ni satu hari suntuk tak jumpe, last skali jumpe jg..huhu
    jemput dtg blog sy =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat trg tu kat mane awk jumpe?

      Delete
  2. yelah dulu tudung sekolah penah letak lilin nak bagi keras muncung ala2 atap minangkabau..macam mana lari ke ditup angin ke terhantuk bendul ke..yang penting tudung harus maintain.

    ReplyDelete
  3. hahaha betul. tak payah nak fuhhhhh2 sangat lepas tu

    ReplyDelete
  4. betul, senang pakai spray ni.. mudah dibentuk dan terletak je bila pakai tudung.. spray ni pon tak lah busuk sangat.. wangi je.. :)
    memudahkan kerja.. hehee

    ReplyDelete
  5. kaknoor singgah follow #1020
    bestnye ada benda ni kan..

    ReplyDelete
  6. memang mudah zaman skrg,sembur je starch..dulu kemain guna lilin.hehe :D

    ReplyDelete

ohsem meyh! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...