29 March 2014

Penyakit Sopak

Assalamualaikum :)



Perasaan ingin tahu tentang penyakit SOPAK sangat tinggi..Dan alternatifnya aku google dan tanya kawan-kawan..yes!pengetahuan bertambah..dan tak salah kalau aku kongsi kan dalam blog..tak kisah ada yang baca atau tidak..



Pernah dengar SOPAK??dalam bidang perubatan SOPAK dikenali sebagai "VITILIGO"..sopak adalah sejenis penyakit kulit yang mempunyai kulit bertompok..




beginilah keadaan pesakit  yang mengalami masalah SOPAK..




Ada Vitiligo yang menyerang sehingga kening dan rambut gugur atau menjadi putih..ada juga yang menyerang tubuh badan dan juga mencerahkan kulit..




Vitiligo dikenali sebagai autoimmune yang disebabkan oleh antibody tubuh badan pesakit sendiri yang membunuh sel-sel warna pada kulit ..kemungkinan besar punca kehadiran antibody ini daripada factor genetic..iaitu melalui ibubapa atau datuk yang mempunyai DNA yang rosak..selain itu penyakit ini juga disebabkan oleh toksin luar yang masuk kedalam badan..








Tanda-tanda vitiligo disedari dengan kehadiran tompok-tompok putih pada kulit yang terdedah kepada cahaya matahari  dan biasa nya kawasan yang terlibat adalah di bahagian tangan,kaki,lengan dan bibir..juga boleh terjadi di ketiak,sekeliling mulut,mata lubang hidung serta organ seks...


Rawatan terbaik dengan menggunakan cahaya ultra ungu dan mengambil masa sehingga enam bulan penyembuhannya..Ada juga pil bagi untuk mengurangkan pembentukkan antibody..Sokongan moral juga diperlukan untuk penghidap penyakit seperti ini..




Ada juga yang mengatakan bahawa Albino dan Sopak adalah masalah yang sama tetapi ianya TIDAK...Albino terhasil daripada faktor keturunan dan DNA mengsintesis warna pada kulit langsung tidak ada dan sebab itu mereka yang  punyai kulit dan rambut yang putih.. 










Itulah serba sedikit tentang penyakit sopak atau vitiligo..kalau ada salah informasi harap ada yang betulkan..sumber rujukan dari SINI dan SINI  juga dengan kawan-kawan sekerja..dan olahan semula oleh aku sendiri . :)



Terima Kasih dan Assalamualaikum ..



Images -- Sumber Google 

















3 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum.. sopak dengan panau ni sama ke tidak ek? konfius la sheila...

Unknown said...

ilmu yang berguna

E'in said...

thanks sharing.. kadang2 kesian tgk org yg kena sakit sopak nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...