30 December 2014

Akhir

Assalamualaikum...



Hari ini hari terakhir bagi tahun 2014...Hari-hari terakhir ni ada jugak yang tak mengembirakan hati..ada saje yang bagi aku marah-marah..ada saje yang tak kena..



Kenangan pahit manis semua aku telan..dan terpaksa telan..bukan semudah seperti yang disangka..itulah kehidupan..itulah yang jadi peneman setiap kali nak lelapkan mata..



Fikir fikir fikir dan terus memikir!



Apa-apa pun biarlah kehadiran 2015 esok bakal bersinar untuk aku jugak keluarga..Insya allah :)




Assalamualaikum


06 December 2014

Akhir Tahun

Assalamualaikum




Sampai masanya kita akan akhiri bulan december akhiri tahun 2014...kadang kala rasa macam cepat je masa tu berlalu..kadang kala terasa lambat pulak..apa pun kehidupan kena teruskan jugak...



Dah akhir-akhir tahun ni,macam tahun lepas lah rutin harian aku...asyik mengadap laptop siapkan audit..yeaa!!audit adalah satu kerja yang semua orang tak nak buat sebab memeningkan kepala..nak pulak kena kira kuantiti ubat sekali price list..u know what?? kalau botol senang lah kalau yang jenis tablet tak ke pening kepala tu..huissshhh



Nak tak nak aku kena buat jugak..sana sini bawak fail invoice..macam dah kerja office dah...sebab task tu dah tanggungjawab aku kan..dalam dok ngogeng-ngogeng nak siap dah kerja aku..wahhh macam tak percaya...teruja you all..hihihih...



Aku nak siapkan sebelum aku cuti,so ad masa lagi dalam dua minggu..caayookk!!bila cuti nanti boleh happy-happy then balik cuti boleh rilek sikit kan..tak payah nak serabut ape dah..


okayylah,nak continue nak buat audit ni haa..ada masa curi sikit update..lama sangat rasanya tak berkecimpung dalam blog ni...okayy..see later..Insya allah :) 





Bye..Assalamualaikum







22 October 2014

Oktober

Assalamualaikum...




Yeayyy! aku da cukup 23 tahun..syukur Alhamdulillah...Untuk kali yang yang ke 23 ni aku dah takde nak celebrate macam tahun-tahun sebelum nya...dah besar okay! tak perlu nak mintak suprise ke hadiah ke hape...




   



Wish saje pun da cukup..Gambar pun takde..sebab nya aku dah pakai hp biase aje..bukan lagi smartphone..so semua social instagram ke whatsapp ke wechat ke semua dah tak ON...ngerti lor..merajuk ke??bukan lah..saje nak tukar angin...






Aku pakai yang ni haaa..sebijik taw dengan warna sekali.. :)





20 Oktober lepas dah cukup best bagi aku,sebab ada kawan-kawan..family...yang ter ter ter ..heheh..maluuu oiii..terima kasih semua nyaaa...semoga murah rezeki aku dan panjang umur..




Okaylahh...Happy Birthday!!







Bye..Assalamualaikum...




08 October 2014

Saloma Biopic

Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya Haji :)



Hye! Baru berkesempatan tengok citer Saloma Biopic ni kat Astro First..Actually.,aku memang suka ambik tahu pasal kisah orang-orang zaman dulu..zaman mak ayah aku pown tak wujud lagi..konon nak menjiwai lah..hahahaha...tapiiiiiiiii itulah aku :)



So malam raya lepak bertiga dengan mak abah,tengok lah citer ni..citer ni ada dua bahagian..generasi macam aku ni tahu ke kisah-kisah sebenar artis zaman dulu?mesti tak lah kan..lahir-lahir je dah boleh tengok citer itu ini,realiti nya tak tahu kan?







So pelakon nya pown memang menjadi dan sesuai lah bagi pandangan aku..orang kata "kelahiran semula"..



Untuk bahagian pertama ni mengisahkan tentang kehidupan saloma semasa kecil dengan keluarganya..dari apa yang aku tengok memang saloma ni ada bakat menyanyi lah dari kecil..sampai lah umur belasan tahun da boleh jadi penyanyi terkenal...






Untuk bahagian kedua plak banyak mengisahkan kegigihan saloma menjadi penyanyi sehingga ke Bangkok,Thailand dan kehidupan nya bersama Tan Sri P.Ramlee..Dan sehingga lah akhir hayat suami tercinta dan beliau sendiri..




"Mah,suatu hari kau akan jumpa orang yang kau cinta lebih dari kerjaya kau sendiri" 



Tak rugi lah kalau langgan pown..aku memang tunggu-tunggu nak tengok citer ni..so far sangat bestlah..apa-apa pown memang terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkk... !! 








So apa tunggu lagi,tengok lah citer nie yea..enjoy! Selamat Menonton...



Assalamualaikum..bye :)

03 October 2014

"Giveaway Pertama SitiSab"

Assalamualaikum...


Hati melonjak lonjak nak join GA Juhi Chawla Malaysia ni..tengok gambar pown da tertarik nak join..inikan plak hadiah??gilooo tak tertarik woo...





Korang yang nak join GA boleh ke sini ye tengok syarat-syarat die..senang saja..bukan blogger pown boleh join taw...okayy??


Bye..Bye..


Selamat Hari Raya Aidiladha ....



19 September 2014

Liebster Awards

Assalamualaikum..








Sebelum ni tengok kawan-kawan je join Liebster Award ni..tak tahu macam mana nak follow..tapi sekarang dah tahu hokay! terima kasih HandsomeBoy dan Miss Cantik sebab tag..haa hambik nak sangat berpeluh lah nak jawab eh..hehhehe..



Okay aku jawab yang IshakHasimi dulu yaa..


1.  7 Perkara menarik tentang diri anda
-Actually yang nie biar orang yang desscribe sendiri..sebab aku pown x tahu ape yang menarik..Mungkin ada hidung yang agak mancung kot..hahaha..ngeeee :)

2.  Artis yang anda minat
-Yang ni opkos la Tomok..hehehe

3.  Jenama smartphone yang anda suka
-semestinya iphone..dari dulu lagi..tapi sampai sekarang belum mampu nak beli lagi...mahal kot..tapi selesa dengan samsung taw..

4.Jenis blogger yang aku benci
-Selama 4 tahun berblog ni takde lagi benci sape-sape... *bukan ayat cover hokay..ikhlas!

5.Lagu melayu yang paling anda minat
-Sudah tentu Mewangi (Akim & Majistreet)

6.Filem Melayu yang paling anda minat
-Tanda Putera..sebab pasal sejarah..minat sejarah ni weyhhh! hahahah

7.Adakah anda peminat KPOP?
-oh no!!tiada dalam senarai untuk diminati

8.Tempat paling aman bagi anda..
-Dalam bilik kat rumah..sebab memang suka berkurung dalam bilik jer..

9.Cita-cita yang telah anda capai
-opkos sekarang..seorang jururawat..biarpun itu cita-cita yang keempat..

10.Maknan kegemaran
-Nasi Ayam dengan Mee Sup.marvelous!

11.Jika anda blogger berpengaruh di dunia apa yang anda lakukan
-Aku akan buat satu event yang paling-paling-paling dann paling  besar untuk satu kan blogger-blogger lain dan berikan satu pengiktirafan untuk mereka..*tinggi nau hajat aku tu*




Okay now aku jawab yang Miss Cantik pulak yea...


1.5 Perkara tentang diri anda
-Aku lepasan KLMUC dip In Nursing,
-Aku seorang yang x suka memasak..
-Aku suka stalk orang..
-Suka menjeling..dah habit!!
-Suka berimaginasi dan berpuitis

2.Binatang paling tak suka
-Katak

3.Sudah berapa lama berblog
-Already 4 years

4.Vlogger yang anda minat
-Takde

5.Lagu English yang anda minat
-Numb (Linkin Park)

6.Movie English paling diminati
-takde sebab tak suka nonton wayang..

7.Suka tengok cerita Korea
-Tak suka dan tak pernah suka

8.Negara paling best untuk bercuti
-Malaysia sudah..Negeri sendiri pun tak habis travel lagi haa

9.Impian yang telah anda capai
-Dapat pakai uniform side misi biarpun kje klinik jerk..

10.Impian yang belum capai
-Banyak sangat..kalau tulis one by one memang tak kan habis..hahahah

11.Kalau anda ada duit RM 500,00 apa yang anda akan buat
-Semestinya bayar PTPTN.Lepas tu buat apa yang patut..macam-macam akan terjadi nanti..hahahhah...



DONE!!


Ni pulak soalan aku yea..


1.Kenapa orang perlu kenal anda?
2.Kenapa berblog?
3.Pengalaman manis dalam dunia blog?
4.Impian hidup anda?
5.Tabiat buruk dalam hidup anda?
6.Blogger yang paling rapat dengan anda?
7.Sukan yang anda minati dan kenapa?
8.Vlogger atau Blogger yang paling mudah dikenali?
9.Smartphone yang anda idamkan
10.Dalam sehari berapa kali anda SELFIE :)?
11.Kalau anda seorang blogger yang dikenali apakah impian anda?






Okay..Terima kasih :)




10 September 2014

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !

Assalamualaikum






Abg Ben buat segmen..pagi-pagi lagi da ternampak kat timeline tapi hold dulu sebab kena siapkan kerja..Now free..so luangkan masa kejap..hehehe



Latar Belakang 

Hye aku Eina,sometime orang panggil Nina..sama je mana-mana pun..aku yang berstatus seorang blogger juga seorang misi jugak boleh jadi belalang..aih! :) Aku start blog tahun 2010..start dari ayah aku sendiri..


Kelebihan blog dan kenapa orang kena datang blog Belalang

Blog aku ni aku just update pasal kehidupan sendiri jer..keadaan sendiri dan keadaan sekeliling..aku memang suka menulis..sebelum ni ada buat diari sendiri tapi lepas da belajar pasal blog,terus update sini je lah..tapi yang privacy still dalam diari okay! & paling penting orang akan kenal itu adalah aku melalui penulisan..



Impian Seorang Blogger

Aku nak blog ni jadi sebahagian milik korang..sepenuhnya pun takpe!..aku juga nak tingkat kan cara penulisan serta penyampaian aku dalam blog ni..opkos  nak mantap macam blogger-blogger yang ada sekarang..hihihi..




Okaylah..Thank you Abang Ben :)





05 September 2014

20 Fact About Steroooiiiid

Assalamualaikum .......(5 September 2014)



Dekat instagram tersangat lah pemes #20factabaoutme kann..so kat instagram aku ad jugak buat..saje sebab nak bagi korang kenal siapa diriku sebenar..hahaha..tapii yang tu ringkas je..nak yang lagi panjang dan lagi kenal haaa kat sini laa...



Okay lets go bebeyh!!!



1) STEROID tu adalah kesan sampingan ubat pada kita..means kesan nye sangat kuat lah..so aku da terjebak dalam bidang perubatan ni nak "up" sikit letak la nama glamer STEROOOIIIID..konon nya lagi kuat..kuat ape??kuat lalak..hahaha



2)Actually aku agak kureng dengan kanak-kanak ni..memang orang cakap x boleh nak still together tapi bila da dengan kawan-kawan,dengan saudara mara jugak sekali dengan cara kerja aku tu yang banyak terlibat dengan geng-geng baby ni so boleh go on lah..






ehemmmm...




3)Aku kalau da berkawan rapat dengan someone aku akan rapat sampai tak boleh nak berpisah...sampai tahap tak nak kawan dengan orang lain..sampai tahap jeles bila die kawan dengan orang lain...*nampak tak cemburu tu tahap mana?*



4)Suka sangat dengan Nasi Ayam + Mee Sup...hari hari pown takpe...sejauh mana berjalan pown itu yang akan aku order!



5)Aku right handed tapi dalam masa yang sama boleh jugak left handed walaupun tulisan ala-ala doctor..hahahah



6)Ya aku seorang penulis blog..aku juga suka berpuitis..bila aku duduk sorang-sorang akan terhasil idea-idea yang boleh menjadi inspirasi dan sindiran..hahaha...



7)Aku dua beradik je..aku anak bongsu..



8)Aku sangat allergic dengan katak..oh noo sanggup tak mandi sanggup tak bergerak kalau nampak si gerutu tu...banyak sangat cerita pasal katak dalam hidup aku nih!



9)Bukan jenis perempuan yang suka make up-make up ni..letak lipstik pown kena paksa okay..jelas sangat tak suka tu kan!tapi skang da boleh timbang rasa sikit..ala-ala ladies konon.. :)



10)Aku minat sangat dengan si Tomok tu..sampai hari-hari stalk instagram die..lagi plak sekarang ada si Arrian tu..perghh!! stalk sampai habis semua family die.. teruja sangat kan..try tanya confirm i boleh jawab tau! hahahaha



11)Aku obses dengan warna hijau taw....tengok la blog ni...kalau boleh semua nak warna hijau..aku jugak ada bantal BEN 10..hahaha...



12)Aku ni setia orang nye..ecehhhh..takde la..tapi tulah tak pandai nak agih-agih kasih sayang kan..so bagi kat sorang je cukup lah..hahahha...



13)Selalu sangat dikategori sebagai hamba allah yang sombong..ohh kesian aku...mybe muka aku yang nampak ala-ala sombong dan cara pandang orang tu agak kerek..so that why lah kan..



14)Suka menulis diari dan suka membaca..skang xde masa sangat nak baca tu..internet sudah..hahah..
15)suka stalk orang..suka sangatt!!



16)masak memasak ni agak low tapi kalau bab kemas mengemas aku offer diri..hehehe



17)Suka berjalan..maksudnya kalau naik kereta tu kalau bileh tak nak keluar..tak kisah la laju mana orang tu bawak..yang penting suka duduk dalam kereta..







18)Habit suka tidor dalam kereta..eventhough nak ke suatu tempat tu 30 minit je..



19)Kalau tido suka selubung macam mayat..kalau panas tak la..dan kuat sangat tido..masa itu berharga okay!suka menjerit dekat telinga orang..



20)Lastly..aku seorang pendendam dan pendam masalah...hanya orang tertentu saje yang aku akan cerita!...




So itulah semua pasal aku..FAKTA..ada lagi tapi simpan-simpan lah untuk tahun deoan pulak..hehhe


Okaylah..see next entry..bye...


Assalamualaikum :)

03 September 2014

Segmen : Nak blog URL by Macam-Macam Cerita



Assalamualaikum :)












terjah sini :- Si Comel 




Thank You 






26 August 2014

Wordless Wednesday

Assalamualaikum 




Selamat Hari Rabu..



Tanpa Kata



Tapi  Ada Gambar :)













Wasalam...

24 August 2014

Bridesmaid

Assalamualaikum sekalian




Semalam majlis perkahwinan sahabat sekolah aku...rumah kami depan sikit je..serong meyerong gitu...dari awal aku tahu tarikh dia nak buat kenduri aku da plan nak cuti..yelah kawan sekelas depan rumah plak..semestinya nak meraikan hari bahagia dyeorang..turn diri sendiri tak tahu bila..hahahaha..galaksiii!!



Nak tahu dalam dok plan-plan nak apply cuti tu si Zaim ni suruh aku jadi pegapit bini dye..gila hape aku nak terima??!!macam lah aku ni pandai..first time kot malu plak lagik..owhh hati bergelora nak jadi bridesmaid you all :)






Seriously tak berjanji pown gn pengantin nak baju sama kaler..tenkiu Sayangku pilihkan baju ni..hehehe..




Tapi demi kawan,aku gagahkan jugak laa..hahaha..malu sungguh taw dak..tapi kan bukan selalu jadi perhatian orang kan??pandang pengantin mesti terpandang pengapit nya sekali..hihihii..maluuuuuuuu...Lepas berarak sekali bergambar dekat pelamin aku terus makan..lapaq taw..tapi x makan sekali dengan pengantin because of abang Zaim pown sanding jugak..so aku pown memang tak nak makan berprotokol macam tu..







Okayyyy..ready nak berjalan dahhh..





Dalam dok cover-cover berjalan tu nak melantak,yelah kan dah ler pakai kain kembang semangkuk dengan heel lagi mestila kena acah-acah ayu kan tetiba ada plak my favourite member panggil....sape beliauuuuu??jengjengjengggg....







Yehaaaaa..Dapat jugak snap-snap yea... :)








Thank You For coming Ilah..Sangat lama tak jumpa kan..walaupun sekejap sangat bermakna kawan!






Apa-apa pun aku puas hati sebab dapat tunaikan permintaan member sorang ni...Selamat Pengatin Baru Zaim dan Afiqah..semoga berkekalan till jannah...Amiinn..







Sebelum balik snap dulu lah :P




Okaylah,settle jadi bridesmaid walaupun x sepenuhnya..pengalaman jugak tu kan..hahahha..next time boleh laa cuba lagii..hehehe..




Assalamualaikum...




Bye














15 August 2014

Segmen Tingkatkan Trafik Blog by Irsyahealthyhouse

Assalamualaikum..pagi :)


Saya follower akak ni yang ke 102..LOL!







Bye :) 

12 August 2014

Baju Raya

Assalamualaikum :)



Hye Selamat Hari Raya..Raya lagik lahhh!tak banyak pown cerita raya aku tahun ni sebab raya ke 2 da kena balik Kuantan..Raya ke 3 da kerja..masyukkkkk apeee!!!!!Nak tengok baju raya aku tak??dari Bandung lagi haa..eceh! 





Cehhh!!begitulah pakaiannya..hahah




Lagi jelas kot :)




Yang ini gambar full...



Yaaa ini hanya sementara..just untuk photoshoot family jer..bukan untuk melaram pergi beraya rumah ke rumah..ohh noo!!! apa-apa pun thank you lah kepada boss aii yang sangat baik hati sebab bagi kain ni untuk staf-staf dye..kalau idok tak ade lah aku "Baju Raya" hahhaaa...



Okay lah..itu jer nak story..dah hilang semua ayat-ayat power nak berblog..*acah-acah hot* see next entry..



Bye..Assalamualaikum =)


02 August 2014

JAWATAN KOSONG OGOS 2014

Assalamualaikum 





JAWATAN KOSONG DIPERLUKAN di POLIKLNIK SHUKRI IM8,Kuantan Pahang 
DIPLOMA PHARMACY & KERANI (BERPENGALAMAN serta boleh handle account) SEGERA!!
-RUMAH DISEDIAKAN
-GAJI BASIC + OT
-KWSP,SOCSO
-BOLEH KERJA LEBIH MASA
BERMINAT SILA HUBUNGI 09-5729555...





Wujud & Pelik

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya :)





Aku kembali!!! Selamat Hari Raya koranggg!! still lagi dalam mood raya kan..Hari raya hari tu aku just pakai track and t-shirt jer..hahaha jangan kata apa lah sebab tu memang pakaian aku pagi raya..setiap tahun..korang mesti excited kan pagi-pagi raya melaram pakai baju raya then snap-snap gambar..pelik tak pelik tak??? ^_^




Pose sopan sikettt...hahahha



Aku just duduk rumah jer..tunggu orang datang,tunggu kawan-kawan datang..so member pown da jadi biasa dengan dress up aku tu..dah kebiasaan macam tu..bukan tak nak beraya tapi entah lah aku pown pelik dengan diri aku sendiri..hahaha..scarryyyyy!!!!!!!!





So selamat Hari Raya!! Maaf segala silap dan salah yea..walaupown tak pernah bersua..oh yaaa..thans Apit,Ana Ahmad,Aina Rossberry sebab bagi kad Raya..Lupa nak snap ..masehh..insya allah next year saya plak bagi kat u all..Insya Allah :)






Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga :)



Baju kami memang tak sama macam orang lain sebab kami pakai je ikut suka..hahaha...yeaap!!tu lah family aku...tak ramai pown tapi bahagia..ecehh...



Okay lah see next entry yea..bye bye bye..



Assalamualaikum :)

05 July 2014

Diet Atkins

Assalamualaikum




Selamat Berpuasa semua!Hari ni da hari ke lapan puasa kann...Okay! so entry kali ni nak cerita tentang diet..yeapp diet!! eh bukan aku yang nak diet tu,kalau aku yang diet jawab eh tinggal skeleton laa..hahahha.. bajet slim hokay :)




Ni pasal diet ATKINS...mesti pernah dengar kan?apa tu diet atkins??kenapa dengan diet atkins??okay! jom lah teruskan membaca entry ini dan pengalaman orang yang terlibat dalam diet atkins ni..lets!!





Diet ATKINS nie maksud nya corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr Robert C.Atkins untuk membantu seseorang mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan..Korang yang berkeinginan nak try diet atkins mestilah kena berdisiplin sebab nya misi dan visi korang nak badan langsing kannnn..so kena laa ikut step..Tapiiii bukan sebab nak diet je apa-apa nak buat pown kena ikut step jugak...





ATKINS nie ada 4 peringkat utama..yang (1) Induction yang (2) Ongoing Weight Loss (3) Pre maintenance
(4) Lifetime Maintenance...Di mana peringkat (1) adalah yang sangat penting sebabnya ia adalah tapak permulaan dalam corak pemakanan kita sebelum ni..





Yang ni yang kena elakkan semasa fasa (1) dan banyakan minum air...





Ini apa yang boleh dan apa yang tak boleh semasa dalam prosess ATKINS




Sekarang aku nak tunjuk salah sorang testimoni yang terjebak dengan diet atkins ni..Dia ni da 4 bulan dengan atkins ni..bermula dengan berat 85kg..85 okay!tapi bagi aku 85 takde lah berat tapi as a woman biasalah kan..so dengan atkins ni dia da berjaya dapat berat 67kg..tanpa pengambilan supplement atau pun produk-produk untuk slim mlim ni...Dalam dua minggu pown da nampak perubahan,tapi kena bersungguh laa tanpa ada cheatinglah...Insya Allah kelangsingan yang korang nak tu akan jadi kenyataan..so tahun ni boleh lah beraya sakan kan...da slimmm!!






See!! aku teruja tengok gambar ni..x sabar nak jumpa Raya ni..cantik!!





Perubahan tu jelas kann....




So percaya atau tidak??yes inilah yang sebetulnya..tak perlu takut dengan bahan-bahan tambahan dalam produk..sebab ini real..kalau yang produk mungkin lah takut ada campuran something ke apa ke...Bukan lah yang produk semua tak elok..depends pada diri masing-masing..




Testimoni tu member aii hokay!..hehehe..perasan tak dekat header tu gambar aku dengan siapa?yes dengan dia..Siti Soleha Abd Hamid :) teruskan sahabat dengan atkins kau..tak sia-sia pown..kalau dulu orang duk kutuk macam-macam, laaa orang akan terkejut!! hehehe...




Okay! harap entry ni dapat berkongsi dengan readers tentang DIET ATKINS...walaupun tak sepenuh nya..and thanz to soleha sebab sudi bagi information tentang atkins ni....nak lebih tahu boleh rujuk ATKINS DIET and Kelab Diet Atkins Malaysia..oh yaa..soleha ni ada page,bekaitan dengan Diet Atkins ni.. Mawar Merah Journey..kat situ ad share sikit tentang cara pemakan,exercise ke apa semua...so boleh la tengok-tengok yea :)





Lastly...Selamat Berpuasa dan Berbuka Puasa!Jangan melebih-lebih plak nak beli makanan tu...nanti terlebih berat badan...hehehe..Bye..Assalamualaikum...



PUBLISH!









*kalau ada info yang salah mintak di betulkan..tq :)




















27 June 2014

Dapat dah !


Assalamualaikum




Hye! Entry sebelum ni aku ada citer pasal Ok Lulus kan??tak baca lagi??ok tak pe..tap SINI yea..haaa tu baru step pertama..ok da settle pasal tu..



Gambar tiada kaitan :)



Citer kali ni aku dah dapat bukti nya..nak tengok??relax brother relax! sister!Seronok nyah dapat tengok da jadi milik sendiri..before this tengok yang kawan-kawan punya jer..giler kau tak jeles!tanpa aku sedar,aku jugak boleh dapat macam orang lain..eceh ayat! hahahah






Yes!!ini diaaaaa.."Lesen P"




Umur 23 baru nak dapat P..okay bangga kejap da dapat P dannn terus dapat yang baru..bukan lagi yang lesen nipis tu..hahahaha...




So agak-agak panjang langkah tak aku??hermmmm still takut-takut lagi actually...tapi boleh da bawak..semua sokongan dari roomate aku,encik Love,dan family laa yang paling penting... nak sangat tengok aku bawak kereta dan boleh ganti tempat Dato Naser..*bangga*..ohh tak lupa cikgu driving aku ..Abg Mat..sporting you all.. 




Ok seronokkk!!!hahaha..takpelah itu je nak cerita pown..ada masa terluang kan..so tak lama lagi da nak menyambut Ramadhan..lagi satu hari je..insya allah Ahad ni da 1 Ramadhan..so selamat menunaikan ibadah puasa ye sahabat sekaliannn...



ohh yaaa..sebelum close my entry ,saje lah nak share..aku suka baca blog rejoicegirl..yang ada si Elfira Loy tu..kalau nak baca boleh laa ke RejoiceGirlBlog ...




Okay la see next time..bye,Assalamualaikummm..



PUBLISH!!












18 June 2014

Ok LULUS!

Assalamualaikum kekasih hati :)



Morning morning morning!!! happy happy happy sebab aku da pass JPJ..semalam terjawab segala resah gelisah okay..mau tak boleh tido di buat eh..











Alhamdulillah :) lepass ni boleh bawak kereta jalan-jalan bawak mak abah bawak kawan-kawan.."okay tengah giler sterring orang cakap" tapi kan tapi kan paling nervous masa jpj duduk sebelah..time nak test jalan raya..sebelum ni cikgu duk sebelah boleh lagi nak main-main gelak-gelak segala..






Semalam hambik kau kena sebijik..bising itu ini..aku diam je..janji aku LULUS okay..thats important aku da boleh bawak kereta yea..bukan tingtong lagi..dan paling best JPJ tu adalah patient aku..(Pesakit yang pernah datang bawak anak datang klinik) okay sungguh seronok...!!!!









Aku kena sesi 1 dan no 8..no bertuah..dan no favourite aku.. xperlu bagitaw rasanya..hehehe...siap awal senang hati..macam biasa masa nak panggil nama aku..macam-macam JPJ tu sebut...nama aku susah barangkali." AMANINA NASUHA"..jadi macam-macam nama...






So,hari ni da start masuk keje balik..lepas tiga hari cuti dengan rasa sungguh enak tanpa memikirkan hal klinik..masuk hari ni da macam-macam kena settle..okay aku orang penting jugak!! hahahahaha...




Okay lahh..nak sambung keje plak..BYE..



Assalamualaikum


31 May 2014

K a H w i N

Assalamualaikum



Hari ni dah 1 June..cepat sungguh masa berlalu..rasa nya baru semalam tulis 1 Mei..Semalam 31hb ramai sungguh yang kahwin..tambahan pulak cuti sekolah dua minggu..memang makan nasi kawah saje lah jawab nye..ayoo ayoo ayooo aku bila lagi..!!! hahahha..








Kawan-kawan,senior-senior sekolah,kawan blogger semua lah semuanya selesai semalam..ada jugak yang bertunang..Maaf lah yang mana jemput tu aku tak dapat nak datang..Kerja!! oh yaa kawan sekerja ni pown kahwin jugak semalam..dua orang sekali.. Mira & Kak Sue...ape-ape pown tahniah ku ucapkan untuk korang..me is Jeles hokay !! hahahah..







 He is Munawwar...My Senior 






Im call her kak Ieda..also my senior..my "kakak" jugak and my neighbour..


*Dalam diam bercinta yer dua orang ni..ape-ape pown selamat pengantin baru k.Ieda dan Munawaar..semoga kekal sehingga ke Jannah..pray for me like you hokay..hehehe :) cantikkk sangat!!!





 Selingan sikit sebelum close entry ni ...






Pemain bola Kelantan ni haa...Wan Zack Haikal dengan pasangan..as known as Shyfa... kahwin jugak semalam...Selamat Pengantin Baru :)






Cantik dan sepadan kann :)







Kisah Cinta Wan Zack & Isteri..:) Unik!!




DIA yang berkuasa..kita hanya merancang dan DIA menetukan..Apabila DIA dah satukan dua hati maka wujudlah satu ikatan yang baik..Alhamdulillah ^__^





Kredit pic Gogle.... FB WanZack & Kakak dan Fb Group Jengka25 ...




Okay lah..cont kerja bebehh!!see next entry..Next Next Next........................





Assalamualaikum...






















24 May 2014

WhoHAA!com

Assalamualaikum




Hye! baru ada masa nak buat entry..al maklumlah busy..kekenon laa..korang taw tak pasal WhoHAA? aku pown baru je taw semalam..dah berblogging ompek tahun tapi tak tahu ape-ape....





Yang mana tak tahu WhoHAA ni macam nuffnang macam 8share dan seumpama dengan yang lain la..yang boleh bagi kita side income...haa best kan??aku da try macam-macam tapi semua hangat-hangat tahi ayam je..sebab tak pandai dan "mim alif lam sin"..ngeeeeeeeeee..











Yang ni aku macam tertarik nak join sebab tak payah nak suruh-suruh orang klik..just kumpul point then jawab survey..easy kan??!! bila da cukup point boleh reedem dan dapat lah barang tuu..Aku pown takde lah expert sangat tapi boleh la nak explain sikit-sikit..kalau nak detail boleh terjah bloggger ni yea sebab aku pown taw masa aku bw.. Blogger Shad







Dalam masa beberapa minit lepas daftar korang boleh dapat banyak point..nak dapat point tu kena lah jawab survey yang dibagi..senang je jawapan da memang ada kat dalam view barang tu haa..try lah join.....nice :) sangat sesuai dengan trademark "Free Points....Free Gifts"






Nak daftar? Sini yea.. then step seterusnya boleh ikut dalam entry Blogger Shad yea..complete..dan mudah faham ^_^...Good Luck Guys!





Sebelum close my entry,sudi-sudi kan lah tekan biasiswa belalang yang kat sebelah tu yea yang baru ada Rm 0.80..heheheh.....maseehhh..ok lah see next entry..byee Love!






Assalamualaikum....














17 May 2014

Sekarang . . . .

Assalamualaikum..



Hi Korang! Aku nak tambah pendapatan tapi macam mana?? ada yang sudi berkongsi pengalaman dan juga cara-cara macama  tak?? bukan lah tak cukup dengan gaji dengan apa yang aku kerja sekarang tapi memandangkan hidup sekarang semua harga naik..betul kan??



Orang cakap ada duit sampingan lah..lepas jugak kalau nak hal yang kecik-kecik tu semua tu..duit gaji boleh simpan kan?? umur makin tahun makin meningkat..tipu sangat kalau tak memikirkan masa depan tu.. untuk mak ayah lagi..kena jugak hulur yedak??







Sekarang ni aku tengok makin ramai yang bisness online..kt Instagram lah paling pemes nye..macam-macam jual..so skang aku da terjebak..Alhamdulillah..tak banyak sikit masuk jugak...




Orang boleh cakap "Blogger kan senang je kalau nak tambah income?" yelah cik kak,kalau kita ni dipandang orang memang senang...dan aku x reti nak join nuffnag,ape semua yang ada tu....pernah try msa mula-mula blog dulu tapi ntah..mybe masa dulu x pikir lagi...




So,kalau ad yang sudi share-share bg lah taw kt kite yeaa :)


Terima Kasih . . . . 
















13 May 2014

Segmen Blogger Aktif

Salam .
Anda masih aktif berblogging ?
Jom sertai segmen mudah ni.
Tak pasal-pasal dapat traffic free, follower free .
yang paling penting blogger's friendship <3 insyallah


klik banner untuk join the community :D 

good luck !


03 May 2014

Belalang nak Blogwalking

Assalamualaikum & Happy Sunday 




Hari ni macam nak blogwalking jerk...saya try nak jadi blogger riuh sekampung..ecehh!! tak nak jadi silent blogger..ok i will try laa..hehehe





Korang just letak link link blog kt komen ni dan saya akan bw ke blog korang yang ohsem tu..okay??
kalau berminat sila kan lahhh :).. tak perlu nak wt entry pun..senangkan!!





p/s : Macam la ade orang nak ikut..xpe laa..x kisah..saje suka-suka...




Sekian,Terima Kasih you all..






Ikhlas dari Tuan Blog :)



Assalamualaikum ...






 

24 April 2014

Kerana "shared" di Facebook

 Assalamualaikum kesayangan :)



Semalam,macam biasa lah bukak pesbuk..nah sekali scroll punya scroll ini yang aku lihat "Rofeiah Abdullah shared kongsi resepi kuih & kek" ape lagiii,meleleh ayaq liuq baq ang...




Aku ni da memang hantu makan kek..pe lagi..sampai ke hari ni asyik bukak je gambar kek tu..sedap terrrrrrrrrrrrr...xpe,balik umah minggu depan suruh Datin Rofeiah tu buat kan..hehehhe 









Start dari aku komen,semua pakat join sekali..jiran,kawan-kawan,sedara mara anak sedara semua dok pakat nak jugak..nak merasa air tangan mak aku... makk aii ada pesbuk you all..inilah mak millinieummm.. :)



Hehehe..okay laah nak mimpi makan kek ni..bye Assalamualaikum :)





Nahhh!!! nak bagi korang terliur lagii..nyummmm!!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...